Pengenalan
Muzium Melayu Sarawak

Cadangan untuk mendirikan Wisma Melayu Sarawak ini pertama kali dicetuskan oleh Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi (Dr.) Adenan Satem, mantan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS.
Muzium Melayu Sarawak merupakan sebuah institusi di bawah naungan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, yang berperanan memelihara, mendokumentasi, dan mempamerkan warisan budaya serta sejarah masyarakat Melayu di Sarawak.
Bangunan ini direka dengan gabungan elemen tradisional dan kontemporari untuk menggambarkan keunikan budaya Melayu Sarawak. Inspirasi utama datang daripada tengkolok dan keringkam, lambang keindahan busana Melayu. Tengkolok melambangkan mahkota kebanggan Melayu, sejajar dengan misi AKYBMS dalam memelihara dan memartabatkan budaya Melayu di Sarawak.
Muzium ini menjadi medan ilmu dan rujukan tentang adat, tradisi, kesenian, dan kehidupan bangsa Melayu Sarawak yang kaya dengan nilai murni dan kebijaksanaan, demi tatapan dan penghayatan generasi kini dan akan datang.
